4-Cara-Kuruskan-Badan-yang-berkesan-untuk-Ibu-selepas-bersalin
Hai ibu-ibu yang tercinta, berat badan anda pernah bertambah selepas bersalin ?

Daripada 379 email member saya, kebanyakannya berat badan naik mendadak selepas bersalin. Salah seorang member kami, berat badan sebelum bersalin adalah 68KG, tetapi berat sekarang adalah 85KG. (Anda *Terkorban bentuk badan anda dan menyumbang kepada bayi/anak yang comel. Ibu, saya cinta mu)

Sebenarnya, terdapat banyak Cara Kuruskan Badan yang kita boleh melakukan selepas bersalin.

4 Cara Kuruskan Badan untuk ibu selepas bersalin

1. Menyusu

Menurut statistik data daripada kajian, ibu yang melakukan aktiviti menyusu bayi akan membakar 400 kalori setiap hari. Penyusuan susu ibu bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi ia juga akan membantu menurunkan berat badan anda. Tetapi, jangan makan lebih selepas menyusu disebabkan kalori terbakar berlebihan.

2. Bersenam

Melakukan senaman ringan selepas bersalin akan membantu badan anda membakar lemak. Tempoh masa bersenam yang terbaik adalah sepanjang 150 minit seminggu. Anda boleh membahagikan kepada 20 – 30 minit sehari.

3. Minum banyak air

Minum banyak air sepanjang hari akan membantu ibu selepas bersalin dielakkan daripada mengalami masalah dehidrasi (Tandanya: urin anda berwarna kuning.)  Cadangkan minum 8 hingga 10 gelas air sehari.

4. Tidur

Menurut kajian, ibu yang tidur kurang daripada 5 jam sehari akan menghadapi masalah berat badan yang sukar diturun. Semasa anda letih, anda akan makan apa yang anda suka dan tidak memilih makanan sihat. Ini adalah salah satu faktor menyebabkan berat badan anda sentiasa kekal. Tidur yang cukup juga akan membantu meningkat antibodi badan.

Selepas membaca Cara Kuruskan Badan di atas, apakah pandangan anda yang boleh berkongsi dengan saya ?

Sila komen di bawah supaya kita boleh berbincang dan memberi manfaat kepada kawan ramai.

Saya menunggu komen anda ye 🙂

 

[Image source]