4 Cara untuk menjaga Size Pinggang anda sepanjang masa berkerja di office

Di bilik sarapan pagi

Donat yang besar atau pun muffins membuat gula dalam darah anda naik mendadak dan kurang serat. Cuba Elakkan. Pakar pemakanan berdaftar iatu Lisa Tartamella dari Yale Universiti berkata, anda harus merancang lebih awal dan makan sarapan anda dirumah. Cadangan beliau? Yogurt yang dicampur dengan buah-buahan, bijirin dan kacang, telur dadar dengan tomato yang dihiris atau oat yang dibuat dengan susu skim. Jika anda perlu mengisi perut anda dengan bufet, pilih dengan bijak “Carilah buah-buahan segar, roti gandum bersama mentega kacang atau yogurt rendah lemak’’ Kata Tartamella.

Di meja anda

Cara yang paling mudah untuk makan dengan sihat semasa berkerja adalah dengan membuat bekal makanan yang sihat. Ianya sangat mudah, tiada apa yang lebih mudah dengan membawa lebihan makanan makan malam anda! “Isi bekas Tupperware anda dengan salad potong dan letak ayam panggang lebihan makan malam anda atau satu tin tuna/salmon’’ cadang Tartamella. Pek dressing dan salad berasingan agar salad anda tidak basah.

Di bisnes makan tengahari

Pesan dahulu jika anda boleh buat begitu tanpa rasa janggal – Ini boleh membantu anda untuk mengelakkan diri dari memesan burger daging keju seperti yang rakan-makan tengahari anda pesan. Kemudian ikut peraturan mudah dari Tartamella: ‘’fikir bakar, rebus atau grill dan bukan digoreng. Lepaskan kentang goreng dan pilihlah sayur-sayuran yang dikukus. Jimatkan kalori anda untuk makanan solid bukan nya ‘’sips’’ seperti soda, jus dan alcohol. Ingat – salad biasanya selamat, tetapi pilih lah yang mudah seperti dressing yang berkrim dan topping yang berlemak seperti keju.

Apabila tiada kesempatan untuk makan tengahari

Simpan snek (bukan yang diproses ringan) didalam laci meja anda! Beberapa pilihan baik yang tak perlu disejukkan: Pisang, campuran buah-buahan kering dan kacang, kismis dan kacang. Untuk campuran snek yang sihat (dan murah), anda boleh lakukan sendiri. ‘’Mulakan dengan setengah cawan bijirin gandum kegemaran anda kemudian tambah 2 sudu besar buah-buahan kering dan sedikit kacang’’ Cadang Tartamella. Cadangan tambahan saya: taburkan cip coklat yang berkhasiat.